seismik

Ajar Kanak-Kanak Di US Main Permainan Bola Kertas, Gelagat Lelaki Ini Raih Pujian Ramai

Game ni seronok main ramai-ramai.

Cover image via @jaibhrdn (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila terkenang zaman kanak-kanak dulu, banyak sebenarnya permainan nostalgia yang zaman kini tidak dapat merasainya

Seperti permainan tudung botol, baling tin, musang berjanggut dan sebagainya. Permainan sebeginilah yang mengamit memori kanak-kanak suatu ketika dahulu.

Iyalah, dengan bermain permainan itulah yang dapat mengeratkan hubungan bersama rakan-rakan kita betul tak?

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang lelaki berkongsi kisah ketika dia mengajar kanak-kanak di US permainan 90-an iaitu bola kertas telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mula-mula pelik bila dapat kertas, lepas tu terus enjoy main

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan gelagat kanak-kanak di US ketika bermain permainan bola kertas.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila kanak-kanak itu pada awalnya tidak faham permainan apa yang ingin dimainkan.  Selepas mendengar penerangan, barulah mereka seronok bermain game bola kertas itu.

Rata-rata netizen seronok melihat momen itu. Malah, mereka juga menyuruhnya untuk memperkenalkan lagi permainan nostalgia yang lain.

"Bro, lepas ni kena ajar cara jentik. Baru boleh buat bola lencong, haha. Itu teknik rahsia tu, kalau pakai kertas keras lagi sedap jentik" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 549.8K views, 57.1K likes dan 690 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lepas ni boleh ajar main tutup botol pula :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: