Stres Kening Nipis? Ini Mungkin Cara Anda Boleh Cuba Untuk Melebatkan Bulu Kening
Selamat mencuba!
Setiap orang mempunyai keunikan masing-masing dalam diri mereka
Terutamanya dalam penjagaan wajah. Siapa saja tidak mahu nampak cantik bukan? Itu adalah idaman setiap orang.
Namun, bukan semua sempurna. Contohnya, seperti ingin memiliki kening yang tebal dan cantik. Hal ini kerana, kening yang tebal dapat menyerikan lagi kecantikan wajah seseorang.
Jadi, untuk artikel kali ini kami ingin kongsikan kepada anda antara tips untuk melebatkan kening secara semula jadi.
1. Minyak kelapa
Image via Honest Docs
Minyak kelapa mengandung protein dan nutrisi seperti vitamin E dan zat besi. Ia dapat membantu untuk menebalkan bulu kening sekaligus menghitamkannya. Caranya lumurkan saja minyak kelapa pada kening dan biarkan semalaman. Kemudian bilas dengan air.
2. Kuning telur
Image via Klik Dokter
Telur adalah bahan makanan yang sangat kaya dengan protein. Bulu kening akan tumbuh dengan sihat setelah memakainya secara rutin 1 hingga 2 kali seminggu. Caranya adalah dengan pecahkan telur dan pisahkan kuningnya. Oleskan pada bulu kening dengan kapas dan biar selama 15 hingga 20 minit.
3. Lidah buaya
Image via Sinar Harian
Lidah buaya juga mampu membantu melebatkan kening anda. Caranya sapukan gel lidah buaya pada kening anda dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air suam.
4. Minyak zaitun
Image via Rayhanah
Minyak zaitun sangat bagus kerana ia mengandungi vitamin A, dan E yang dapat membantu pertumbuhan rambut, dan merangsang penghasilan sebum. Jadi, ia mungkin sedikit sebanyak dapat melebatkan bulu kening anda.
5. Minyak lavender
Image via Alodokter
Selain daripada cara di atas, anda mungkin boleh cuba menggunakan minyak lavender. Caranya sapu minyak lavender pada bahagian kening untuk menguatkan akar bulu kening.
Harap cara-cara ini dapat melebatkan kening korang! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik mengenai kecantikan di SAYS Seismik:
Leave a comment