Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Stres Tengok Garisan Di Bahagian Badan? Ini Petua Untuk Anda Hilangkan Stretch Mark

Boleh cuba amalkan tips ini.

Cover image via Insider The Star

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kesan stretch mark pada bahagian badan sememangnya adalah satu mimpi ngeri

Tambahan lagi buat para wanita dan ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Kesan stretch mark ini mengambil masa yang lama untuk betul-betul hilang.

Pun begitu, masih ada produk dan cara untuk menghilangkan kesan stretch mark ini. Kalau dah hilang baru rasa konfiden dengan badan sendiri bukan?

Jadi, anda boleh cuba tips di bawah ini. Mungkin ia sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Schweiger

1. Oat

Gambar sekadar hiasan.

Image via Healthline

Seperti yang kita tahu, oat tinggi dengan pelbagai khasiat dan serat. Malah, oat juga boleh menghilangkan stretch mark. Caranya adalah masukkan 1 cawan oat dalam mangkuk besar dan panaskan dalam ketuhar mikro selama satu minit 30 saat. 

Kemudian, tuangkan air panas ke dalam mangkuk. Kacau. Biarkan campuran sejuk sehingga suhu bilik. Sapukan campuran ke kawasan yang mempunyai kesan stretch mark dan biarkan campuran pada kulit selama 10 minit.

2. Madu asli

Gambar sekadar hiasan.

Image via The spruce eats

Selain daripada itu, cuba juga untuk menggunakan madu. Sapukan madu ke parut stretch mark anda dan tunggu ia kering. Kemudian buat urutan lembut pada bahagian tubuh tersebut dan bilas.

3. Putih telur

Gambar sekadar hiasan.

Image via Halodoc

Putih telur sangat kaya dengan protein yang membantu merawat kulit. Malah, ia juga dapat membantu menghilangkan stretch mark. Anda memerlukan sebiji putih telur dan menyapu telur tadi pada stretch mark. Biarkan sapuan tersebut mengering dan sapu lagi beberapa lapisan sehingga habis sebelum membilasnya.

4. Aloe vera

Gambar sekadar hiasan.

Image via Medical news today

Aloe vera mempunyai khasiat yang tinggi dalam memperbaiki kulit kita. Aloe vera juga kini banyak dilihat berada dalam produk kecantikan. Anda boleh menyapu aloe vera pada bahagian yang terdapat stretch mark. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya.

5. Minyak zaitun

Gambar sekadar hiasan.

Image via The asian parent

Minyak zaitun asli yang diperkaya dengan khasiat vitamin A, D, dan E di dalamnya. Caranya, lumurkan sedikit pada tangan dan urutkan pada kawasan yang mempunyai kesan stretch mark. Lebih elok jika anda mengamalkannya setiap malam sebelum tidur.

6. Skrub aprikot

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tribun

Kajian mendakwa biji aprikot kaya dengan Vitamin B17. Vitamin B17 ini telah lama digunakan oleh pakar perubatan. Anda boleh melakukannya sendiri saja di rumah. Caranya mudah, sediakan 2 biji aprikot. Bersihkan, potong dan keluarkan bijinya. Kemudian, lenyekkan aprikot untuk mendapatkan pes. Tampal pes aprikot tadi pada stretch mark anda. Biarkan selama kira-kira 15-20 minit dan basuh dengan air suam.

Kalau tak cuba tak tahu kan? Mungkin bahan-bahan ini dapat hilangkan stretch mark anda! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik mengenai kecantikan di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment