Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Suami Enggan Datang Ke JPN, Wanita Pasrah Anak Terpaksa Dibinkan Dengan Nasab Abdullah

Kesian si anak.

Cover image via TikTok

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak merupakan anugerah yang sangat indah buat ibu bapa

Tambahan lagi, bagi mereka yang sudah lama menanti kehadiran cahaya mata dalam keluarga mereka. Pasti rasa teruja itu melebihi segala-galanya untuk anak itu ditatang bagai minyak yang penuh.

Sudah pasti setiap orang yang lahir akan dibinkan dengan nama ayah kandung mereka. Namun, jika ada sebab atau alasan tertentu mereka perlu dibinkan dengan nama Abdullah.

Seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewanya selepas si suami enggan hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftarkan anak mereka telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Luah rasa sedih sebab suami tak nak beri kerjasama

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi rasa sedihnya apabila si suami enggan memberi kerjasama untuk hadir ke JPN bagi pendaftaran nama anak mereka.

Dia juga berkongsi perbualan mesej WhatsApp menunjukkan pertanyaannya kepada salah seorang pegawai di sana mengenai isu tersebut.

Bagaimanapun, dia menulis di ruangan kapsyen dengan doa semoga segala urusannya dan anak dipermudahkan dan mendapat hak yang sepatutnya. Punca mengapa suaminya itu tidak mahu datang untuk beri kerjasama tidak diketahui

Image via TikTok

"Tak apa kak atas dunia je, bin nama Allah tak menjadikan anak itu hina" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai kata-kata semangat dan memberi cadangan buat wanita tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 459.2K views, 19.6K likes dan 1,928 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Semoga dipermudahkan segala urusan sis nanti :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment