Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Suami Tiba-Tiba 'Buang Tabiat' Bahasakan Diri Abang, Si Isteri Pula Auto Gelak Sebab Geli

"Reaksi isteri dia win! Comel je" - Warganet.

Cover image via @akmalhizzat (TikTok)

Panggilan 'abang' buat suami sudah tidak asing lagi bagi pasangan yang sudah berkahwin

Kebanyakan pasangan yang bercinta akan menukar panggilan manja mereka sebaik saja mendirikan rumah tangga. Lebih-lebih lagi golongan wanita.

Contohnya, jika semasa bercinta panggilan mereka kepada kekasih adalah 'baby' atau 'sayang', selepas berkahwin mereka akan memanggil suami sebagai 'abang'.

Tetapi, lain pula dengan pasangan suami isteri instafamous ini apabila video reaksi spontan si isteri dirakam oleh suami semasa mereka berada di dalam kereta.

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki yang bernama Akmal Hizzat itu sengaja mengusik isterinya dengan membahasakan dirinya sebagai 'abang'.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut suami tiba-tiba bahasakan diri 'abang' dan terus memandang pelik ke arah suami

Image via @akmalhizzat (TikTok)

Menerusi video berdurasi 30 saat tersebut, Akmal secara tiba-tiba mengusik isterinya yang sedang membetulkan tudung.

"Yang, abang rasa abang macam teringin nak makan western," katanya.

Isterinya yang mesra dipanggil Fatin terus membuat reaksi muka pelik dan tergelak kecil selepas mendengar suaminya bahasakan diri sebagai 'abang'. Fatin kemudiannya meminta Akmal sekali lagi mengulang ayatnya.

"Abang cakap abang teringin nak makan western," katanya lagi.

Fatin terus berdekah gelak selepas dengar ayat yang keluar dari mulut Akmal dan spontan berkata "Kenapa abang? Eeee eeee".

"Bukan biasa orang panggil abang ke bila dah kahwin?" soal Akmal.

Di akhir video, Fatin yang pelik dengan gelagat suaminya tiba-tiba perasan aksinya dirakam senyap-senyap dan mereka berdua sama-sama tergelak.

Gara-gara video tersebut, ayat 'abang' sampai trending nombor satu di Twitter

Susulan tularnya video mereka di pelbagai platform media, ayat 'abang' telah trending nombor satu di Twitter dan Fatin sempat memuat naik ciapan di laman Twitter milik peribadinya menjelaskan kenapa dia tidak mahu memanggil suaminya 'abang'.

Image via @akmalhizzat (Instagram)

Rata-rata warganet terhibur dengan reaksi spontan Fatin dan berpendapat dia comel apabila memandang sinis suaminya dan gelak kerana geli dengan panggilan 'abang' itu.

Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @akmalhizzat (TikTok)

Image via @akmalhizzat (TikTok)

Image via @akmalhizzat (TikTok)

Image via @akmalhizzat (TikTok)

Image via @akmalhizzat (TikTok)

Image via @akmalhizzat (TikTok)

Image via @akmalhizzat (TikTok)

Image via @akmalhizzat (TikTok)

Image via @akmalhizzat (TikTok)

Image via @akmalhizzat (TikTok)

Lawak betul suami isteri ni. Penangan 'abang' punya pasal, sampai trending ya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment