Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Subsidi & Kawalan Harga Ayam Ditamatkan Sepenuhnya Mulai 1 November Ini - Mohamad Sabu

Bagaimanapun, pemberian subsidi dan harga kawalan telur gred A, B dan C akan diteruskan mengikut mekanisme sedia ada.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi dan harga kawalan bagi ayam bermula 1 November ini, manakala melanjutkan pemberian subsidi dan harga kawalan telur gred A, B dan C mengikut mekanisme sedia ada

Menerusi laporan Harian Metro, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penamatan subsidi secara pukal itu adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang ketika ini ia turut dinikmati warga asing dan berpendapatan tinggi.

Menurutnya, penamatan harga kawalan ayam juga menyokong kemampanan industri pengeluaran ayam tempatan di samping dapat meningkatkan pelbagai inisiatif sosial-ekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai.

"Penamatan subsidi ayam mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam yang sudah mula stabil yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling.

"Kerajaan akan memastikan harga jualan ayam yang akan diapungkan terus berada pada kadar munasabah selain akan meluaskan akses kepada bekalan ayam melalui Jualan Agro Madani dan Jualan Rahmah secara berterusan di seluruh negara bagi memberi pilihan serta jaminan kepada rakyat untuk mendapatkan bekalan ayam berpatutan dan di bawah harga siling semasa," katanya pada sidang media khas di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) hari ini.

Image via Mohamad Shahril Badri Saali/Harian Metro

Kerajaan bakal menjimatkan kira-kira RM100 juta sebulan yang diperuntukan untuk subsidi ayam

Sejak Februari 2022, kerajaan menanggung RM3.8 billion untuk subsidi telur dan ayam, justeru penamatan subsidi dan kawalan harga ayam itu, dijangka dapat menjimatkan kira-kira RM100 juta sebulan yang diperuntukan untuk subsidi bahan mentah itu.

Mohamad berkata, kerajaan sudah mendapatkan komitmen daripada pemain industri supaya harga ayam di ladang yang dikeluarkan tidak mencatatkan kenaikan ketara hingga akan membebankan pengguna.

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).

Katanya lagi, ia bagi memastikan tiada aktiviti pengambilan untung berlebihan dan manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab di peringkat runcit.

"Kita (masih) tak boleh dapat agak berapa (peningkatan harga apabila harga ayam diapungkan) tetapi kita yakin ia terkawal dan di bawah harga siling. Pihak kita berdialog dengan pihak pembekal dan mereka kata harga dijual murah pada harga siling, maka harga akan stabil apabila diapungkan nanti.

"Kita yakin harga tidak akan naik mendadak, jika naik kita akan siasat kerana bekalannya mencukupi. Beli ikut kegunaan biasa jangan dua tiga hari ini beli untuk bekalan (beli dalam jumlah banyak) itu yang berlaku ketidakcukupan, jangan buat pembelian panik," katanya.

Gambar sekadar hiasan

Image via Utusan Malaysia

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kerajaan juga bersedia mendapatkan bekalan tambahan daripada sumber luar jika terdapat kekurangan bekalan menyebabkan harga naik secara mendadak.

Katanya, selain itu kerajaan akan meneruskan kerjasama dengan semua pihak untuk memastikan status bekalan dan harga ayam di ladang stabil dan tidak membebankan rakyat serta tiada sebarang aktiviti pencatutan sepanjang rantaian bekalan berkenaan.

"Kerajaan akan terus memberi penumpuan untuk perkasakan industri penternakan ayan melalui insentif pembiayaan dana pusingan kepada penternak kecil dan sederhana serta skim mikro kredit sebagai bantuan modal pusingan kepada penternak komuniti serta program transformasi reban ayam terbuka kepada tertutup," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan masih meneruskan pemberian subsidi dan kawalan harga telur bagi mengelakkan kenaikan harga bahan mentah itu yang dijangka ia boleh naik RM0.10 sebiji.

Sebelum ini, mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun ini.

Pada Jun pula, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment