Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Goodbye" - Goo Hara Pernah Cuba Untuk Bunuh Diri Akibat Depresi. Kali Ini Dia 'Pergi' Jua

#RIPGooHara

Cover image via Instagram @koohara

Seorang lagi selebriti Korea Selatan ditemui mati di kediamannya pada 24 November 2019

Bekas ahli KARA iaitu Goo Hara ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Cheongdam-Dong oleh kenalan rapatnya kira-kira jam enam petang. 

Memetik laporan Koreaboo, paramedik dan pihak polis dipanggil namun penyanyi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kematiannya turut disahkan oleh pihak polis Gangnam menerusi satu kenyataan. 

"Pihak kami menerima laporan pada 24 November 2019 pada jam 6.30 petang (waktu tempatan) mengenai satu kematian. Kami masih lagi melakukan siasatan," tulis kenyataan tersebut.

Image via Instagram @koohara

Oleh kerana kematiannya itu adalah mengejut, ramai yang menyangka bahawa dia telah membunuh diri

Polis menemui sekeping memo dipercayai merupakan wasiat terakhirnya di lokasi kejadian pada 25 November 2019. Namun, setakat ini mereka masih tidak mendedahkan kandungan memo tersebut. 

Dalam pada itu, polis juga masih belum memutuskan sama ada mereka akan melakukan autopsi untuk mengetahui punca sebenar kematian Goo Hara serta mengesahkan sama ada dia benar-benar membunuh diri.

Image via Instagram @koohara

Sementara itu, turut menguatkan spekulasi netizen adalah post terakhir penyanyi itu di laman Instagram miliknya

"Jalja (goodnight)," tulisnya di laman Instagram miliknya pada 23 November 2019. 

Namun, ada yang mengatakan bahawa maksud sebenar idol tersebut adalah goodbye.

Rata-rata menyangkakan bahawa post tersebut seakan petanda bahawa dia akan mengambil nyawanya sendiri. 

Sebelum ini, Goo Hara pernah mengaku ada cubaan membunuh diri

Hujung Mei lalu, Goo Hara ditemui oleh pengurus di kediamannya di dalam sebuah bilik yang dipenuhi asap menunjukkan cubaan membunuh diri. Dia bagaimanapun cepat diberikan rawatan dan diselamatkan. 

Berikutan itu, Goo Hara mengakui dia berada dalam keadaan tertekan dan depresi. 

Dipercayai, penyanyi itu turut berada dalam keadaan sedemikian kerana kes bersama teman lelakinya, Choi Jong Bum yang mengugut idol tersebut untuk menyebarkan video 'mesra' mereka kepada umum. 

Goo Hara dan bekas teman lelakinya, Choi Jong Bum

Image via Soompi

Goo Hara juga berkawan baik dengan mendiang Sulli Sulli

Untuk pengetahuan, Goo Hara juga berkawan baik dengan bekas ahli F(X), Sulli yang ditemui mati di rumahnya, awal Oktober lalu. Dia juga ternyata sangat terkesan dengan kematian Sulli.

Malah, selepas kematian Sulli tempoh hari, netizen banyak memberikan kata-kata semangat buat Goo Hara mengharapkan dia tidak akan mengambil jalan sama seperti rakannya itu.

Melihatkan fenomena ini, kerajaan Korea Selatan mengingatkan rakyat mereka supaya mendapatkan bantuan segera sekiranya berdepan dengan masalah depresi

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingat lagi dengan kes selebriti Kpop ini?

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment