Netizen Berang Haneesya Hanee Ambil Kata-Kata Terakhir Artis Kpop Dijadikan Status Twitter
#RIPSulli
Seorang penyanyi dan pelakon dari Korea, Sulli, 25, ditemui mati di rumahnya di Seongnam, Gyeonggi Province sekitar jam 3:21 pagi pada 14 Oktober 2019
Kejadian itu telah dilaporkan oleh pengurusnya ketika dia bertindak untuk pergi ke rumah Sulli selepas gagal menghubungi Sulli pada hari tersebut.
Sulli, atau nama sebenarnya Choi Jin-ri telah memulakan kerjayanya pada tahun 2005 sebagai pelakon kanak-kanak di pameran drama TV. Dia juga merupakan ahli K-pop f(x) yang dilancarkan bersama ahli yang lain iaitu Victoria, Amber, Luna dan Krystal pada September 2009.
Selepas bergiat aktif dalam dunia muzik, Sulli seterusnya mula aktif dalam lakonan pula. Dia turut muncul dalam filem The Pirates, Fashion King dan Real.
Selain itu, Sulli juga sebelum ini pernah memberikan 'hint' untuk bunuh diri
"Sejak akhir-akhir ini saya berfikir yang saya tak akan menjadi artis sepanjang hayat saya. Saya rasa saya sesuai berada di 'tempat ini'. Kadang kala saya percaya saya tidak seperti mereka. Saya melihat diri saya dari sudut berbeza & tidak akan menjadi seperti mereka. Mereka adalah orang yang sepatutnya menjadi selebriti."
Menurut laporan star2, polis juga turut menjumpai nota terakhir yang ditulis oleh Sulli iaitu, "Nampaknya Choi tinggal bersendirian di rumah..."
Beberapa laporan lain telah menjelaskan bahawa Sulli mengalami gangguan dan masalah panik. Selain itu, dia turut menjelaskan tentang isu tersebut di sebuah program realiti TV, "Walaupun orang yang berdekatan telah meninggalkan saya, saya terluka oleh mereka dan merasakan tiada sesiapa yang memahami saya dan membuatkan saya hancur," kata Sulli.
Keadaan menjadi lebih keruh apabila seorang pelakon baru, Haneesya Hanee, telah membuatkan netizen 'berang' dengan tindakan yang dilakukan
Pada 14 Oktober 2019, Haneesya Hanee telah memuat naik status di laman Twitter yang membuatkan netizen berang dan marah dengan perbuatannya itu. Status tersebut dikatakan telah diambil daripada kata-kata terakhir bintang korea tersebut, Sulli, sebelum kematiannya.
Ramai pihak turut menyuarakan bahawa perbuatannya itu adalah sangat sensitif dan tidak patut untuk dilakukan.