seismik

"Aku Mula Tidur Dengan Pisau" - Lelaki Kongsi Kisah Merawat Depression Yang Dialaminya

Satu daripada tiga orang di Malaysia mengalami masalah mental.

Cover image via Bukan Aku

Penyakit mental dikatakan bakal menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020

Image via Bridge Michigan

Bukan itu sahaja bahkan menurut laporan yang dikeluarkan akhbar Utusan, kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menunjukkan bahawa masalah tekanan perasaan bakal menggantikan penyakit kardiovaskular sebagai faktor penentu sama ada seseorang itu masih mampu untuk terus bekerja atau tidak.

Image via Bukan AKu

Penyakit mental merujuk kepada pelbagai jenis kesihatan mental seperti gangguan yang mempengaruhi mood, pemikiran dan kelakuan anda. Contoh penyakit mental termasuk kemurungan, anxiety disorder, skizofrenia, gangguan pemakanan, ketagihan dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, seseorang yang mengalami masalah kesihatan mental atau gangguan mental seperti kemurungan lazimnya tidak tampil mendapatkan bantuan disebabkan oleh pelbagai faktor, misalnya stigma sosial dan kepercayaan terhadap sesuatu pegangan.

Seorang pengguna Twitter iaitu @awanjebat atau Safwan telah mengongsikan pengalamannya mendapatkan rawatan pakar untuk masalah mental yang dialaminya

Baca thread tersebut di bawah:

Menurut Safwan, dia sebenarnya sudah lama mengalami masalah kesihatan mental namun hanya menyedarinya setelah ditegur seorang sahabat

Seperti setiap pesakit yang mendaftar untuk masalah kesihatan mental, Safwan juga diberi Depression Anxiety Stress Scales (DASS) bagi mengenalpasti tahap kesihatan mentalnya

Pakar psikiatri akan meminta pesakit untuk menceritakan pengalaman pesakit lebih-lebih lagi jika mempunyai sejarah berniat untuk membunuh diri.

Selain itu doktor juga akan mengajar cara-cara untuk menenangkan diri ketika sedang stress.

Walaupun telah menjalani sesi terapi secara bulanan namun keadaan Safwan semakin parah sehingga diberikan surat rujukan ke hospital

Keadaan Safwan kini bertambah pulih lebih-lebih lagi dengan sokongan keluarganya di samping mengambil ubatan dan menjalani rawatan seperti yang disarankan doktor

Sesiapa yang merasakan diri mereka mempunyai masalah kesihatan mental boleh melakukan ujian saringan DASS terlebih dahulu

Ujian saringan DASS boleh didapatkan di SINI.

Safwan mengingatkan bahawa anda bukan keseorangan dan menggalakkan anda untuk teruskan berjuang

Sebagai masyarakat yang berilmu, kita perlulah peka dan prihatin dengan sekeliling kita dan membantu mereka yang bergelut dengan kemurungan tanpa menyinggung perasaan mereka.

Boleh semua?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: