Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kisah Duka Sufian Suhaimi Seakan Sama Dengan Zainuddin Dalam Tenggelamnya Kapal VD Wijck

Apa pula pendapat anda?

Cover image via Mohamad Reeza / Facebook

Pernahkah anda menonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck? Filem yang sememangnya sedih dan romantis ini telah diadaptasi dari novel berjudul sama karangan Buya Hamka.

Filem ini mengisahkan tentang perbezaan latar belakang yang telah menghalang hubungan cinta sepasang kekasih yang akhirnya terhenti dengan kematian.

Pengakhiran yang sungguh mengecewakan apabila lamaran perkahwinan ditolak oleh keluarga belah perempuan kerana lebih menyukai lelaki yang kaya.

Tragis.

Image via Projek Iqra

Namun begitu, filem ini sangat menarik untuk ditonton dan dijadikan sebagai pengajaran buat individu yang mungkin pernah mengalami pengalaman sama.

Ada juga yang menganggap bahawa perjalanan kisah cinta Zainuddin dalam filem tersebut seakan 'sama' dengan kisah percintaan penyanyi lagu berjudul Di Matamu iaitu Sufian Suhaimi

Betul ke?

Image via Gfycat

Persamaan ini juga telah ditulis oleh seorang pengguna Facebook iaitu Mohamad Reeza yang telah meluahkan pendapatnya melalui satu perkongsian.

Ianya juga telah meraih lebih 5.2k shares ketika artikel ini ditulis.

Image via imgur.com

Jika anda ingin tahu apakah 'persamaan' yang dimaksudkan, baca perkongsian penuh di bawah dan anda boleh buat penilaian sendiri.

"Kedua-dua lelaki ini telah dikecewakan setelah janji dan mimpi indah yang didamba..."

SUFIAN SUHAIMI DAN ZAINUDDIN

Saya adalah salah seorang yang rakyat Malaysia yang tidak menonton Anugerah Juara Lagu yang ke-33 semalam kerana memilih untuk tidur awal. Hanya mengetahui info pagi ini dari adik perempuan saya, bahawa Sufian Suhaimi memenangi kategori persembahan terbaik. Saya terus ditunjukkan klip video nyayian Sufian (Pian) oleh adik saya. 

Dari mengamatan dan teori, saya dapat simpulkan bahawa Pian mempunyai sedikit persamaan dengan salah satu watak kegemaran saya, iaitu Zainuddin lakonan Herjunot Ali, dalam cerita Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Kedua-dua nya adalah orang yang telah dikecewakan, setelah janji dan mimpi indah yang didamba, musnah dek oleh gadis kecintaan mereka sendiri. Semangat dan hati yang pada awalnya teguh kerana janji, akhirnya hancur kerana suatu keputusan.

Seperti mana Zainuddin, setelah diusir dari kampung halaman dan tidak diterima oleh keluarga hanya disebabkan ayah dan ibunya melanggar adat kepercayaan, dia membawa diri untuk meneruskan hidup yang tidak tahu hujung pangkalnya. Kemudian kehadiran Hayati telah memberikan Zainuddin semangat yang baru. 

Hatinya mula bersinar kerana Hayati juga menerima Zainuddin, dan langkahnya makin gagah dengan janji-janji dari Hayati. Namun akhirnya janji tinggal janji. Hayati meninggalkan Zainuddin separuh mati dengan cinta dan janji, memilih untuk menikahi pilihan keluarganya, Aziz.

Zainuddin yang dahulunya melangkah gagah kerana wanita, akhirnya terbaring lemah, juga kerana wanita. Hampir Zainuddin menjadi tidak siuman, mujurlah kehadiran Abang Muluk telah mengembalikan Zainuddin ke landasan hidup yang betul. Zainuddin memilih untuk bangkit dari kekecewaan. 

Dia berpindah ke Batavia (Betawi), mula menulis cerita yang berkisarkan hal sebenar yang berlaku dalam hidupnya. Siapa sangka, tulisan Zainuddin diterima ramai. 

Cerita-ceritanya mula dibukukan, Zainuddin popular sekelip mata. Hidupnya berubah, tulisan tangan dari kisah benar telah menjadikan hidupnya mewah. Lalu Hayati muncul mengenang kembali cinta yang terkubur.

Sufian dikatakan telah membawa diri tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kisah percintaannya itu sehingga beliau bergelar pemenang untuk kategori Persembahan Terbaik di pentas AJL-33

Tidak jauh bezanya cerita ini dengan kisah hidup Pian. Kemunculannya dengan lagu Terakhir dalam industri muzik negara membuatkan namanya mula dikenali ramai. Naluri dan fitrah makhluk ciptaan tuhan, Pian mula mencari pasangan, seseorang untuk berkongsi separuh dari kehidupannya. 

Kemudian semua tahu bahawa Pian telah menemui seorang gadis, juga dari industri seni negara, dan mereka berdua diketahui umum telah mempunyai hubungan. Makin menyakinkan apabila kedua-duanya telah bertunang. Panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. 

Tidak lama sebelum tarikh pernikahan mereka, dikhabarkan keluarga sebelah perempuan telah memilih untuk memutuskan pertunangan. Tidak pasti apa alasannya, namun tidak adil sekiranya kita hanya menghukum satu pihak, barangkali ianya mempunyai persamaan dengan Hayati, keputusan yang dipengaruhi keluarga.

Pian membawa diri, tiada kenyataan yang dikeluarkan. Tidak lama kemudian, Pian muncul dengan lagu yang hari ini menjadi siulan, juga memenangi kategori Persembahan Terbaik di pentas AJL ke-33 semalam, Di Matamu. 

Lagu ini juga menjadi sejarah apabila direkodkan sebagai lagu melayu pertama yang mempunyai tontonan tertinggi, iaitu sebanyak 52 juta tontonan. Dari teori liar dan ganas para netizen, lagu itu adalah kisah yang menggambarkan kisah benar yang berlaku pada Pian, namun begitu, hanya Tuhan dan penulis lirik yang mengetahui rahsia sebenar.

Image via Twitter

Image via Twitter

Walaupun sudah ditinggalkan, ramai yang menasihati Sufian supaya melupakan kisah silamnya. Sama juga seperti Zainuddin yang masih menggantung gambar Hayati dalam kamar penulisannya walaupun sudah lama ditinggalkan.

Ramai yang meminta untuk Pian melupakan kisah silamnya, tapi ianya lebih mudah diperkatakan dari dilakukan. Mana tidaknya, Zainuddin masih menggantung gambar Hayati dalam kamar penulisannya walaupun setelah 2 tahun ditinggalkan, dan kisah hidupnya dengan Hayati lah yang menghidupkan tulisan-tulisannya.

Walaubagaimanapun, bukan itu yang menjadi poin utama. Apa yang perlu kita fikirkan, pasti ada seseorang yang memainkan watak 'Abang Muluk' dalam kisah hidup Pian, membolehkan dia untuk bangkit kembali dan meletakkan di mana dirinya berada sekarang. 

Selain itu, keputusan yang dilakukan oleh Zainuddin dan Pian untuk bangkit perlu kita ambil sebagai contoh. Mereka yang berduka boleh memilih untuk berduka selamanya, tapi mereka memilih untuk bangkit.

Antara kata-kata Abang Muluk yang saya ingati, "...ramai orang besar yang kalah dalam percintaan, lantaran kekalahan itu diambil jalan yang lain, mereka maju dalam politik, dalam mengarang buku, dalam mengarang syair, dalam perjuangan hidup. Sehingga dia berada di puncak yang tinggi, dan perempuan itu akan melihat dan menyadar dari bawah..."

Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih, banyak perkara yang perlu difikirkan dan dilakukan. Jika anda boleh memilih untuk bersedih, anda juga boleh memilih untuk bergembira. 

Perasaan juga adalah makhluk Tuhan, jadi pohonlah kepada-Nya agar dikurniakan perasaan yang baik. Bangkitlah dari kekecewaan, mula lah mengorak langkah menuju kejayaan.

Apa pendapat anda mengenai isu ini?

Bincangkan...

Image via Gfycat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Fuh, power Sufian!

Ala, sedih :(

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment