Cerita Pilu Di Sebalik Maskot Doraemon Di Teluk Cempedak Yang Sering Menceriakan Si Kecil
Siapa potong bawang ni? :(
Setiap orang mempunyai kisah kehidupan yang berbeza. Mungkin sesetengah orang pandai untuk menyembunyikan pahit getir kehidupan, namun sebenarnya mereka sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk menjalani kehidupan seharian.
Lain orang, lain caranya untuk memastikan mereka akan nampak seperti tiada masalah.
Walaupun sebenarnya, beban yang dipikul sukar untuk dijelas atau digambarkan oleh sesiapa. Lebih-lebih lagi jika setiap perkara yang dilakukan adalah berniat untuk menyara keluarga tercinta.
Mulianya hati insan seperti ini.
Air muka yang ditunjuk langsung tidak menggambarkan bahawa seseorang itu sebenarnya berada dalam keadaan yang susah dan sedang berjuang untuk menyara keluarga tercinta.
Semoga mereka ini sentiasa dipermudahkan segala urusan.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh portal I love Pahang baru-baru ini tentang kisah sedih disebalik maskot doraemon yang sering menceriakan kanak-kanak yang berkunjung di Teluk Cempedak, Kuantan.
Memang tidak disangka...
Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa disebalik maskot yang dipakai untuk menggembirakan hati kanak-kanak lain, ada cerita sedih yang ramai tidak tahu.
Namun begitu, kegigihan insan ini untuk terus meneruskan pekerjaan mulia ini memang disanjungi ramai. Masyarakat juga turut memuji insan ini walaupun tidak tahu akan cerita sepenuhnya.
"Dia hanyalah seorang makcik tua yang ingin menghabiskan sisa hidupnya menggembirakan hati kanak-kanak lain..."
Ramai juga yang telah membongkar siapa sebenarnya gerangan insan disebalik maskot doraemon itu. Kesedihan dan kepayahan hidup yang dihadapi telah disembunyikan melalui maskot yang dipakai.
Memang pilu. Tiada siapa tahu apa sebenarnya perasaan makcik ini setiap hari ketika melakukan pekerjaan ini. Mungkin dia bahagia kerana dapat membahagiakan kanak-kanak lain, namun bagaimana pula dengan masalah dan kesusahan hidup yang dijalani?
Netizen juga turut simpati dan terkejut dengan kisah ini kerana menurut orang ramai, mereka langsung tidak tahu bahawa disebalik maskot doraemon itu adalah seorang makcik tua
Sumber: Facebook I love Pahang
Semoga segala urusan makcik ini dipermudahkan dan dimurahkan lagi rezekinya. Amin...