"Aku Cacat, Isteri Aku Normal" - Lelaki Ini Usaha Beli Baju Raya Isteri Walaupun Tak Mampu
Ala, sedihnya. :(
Setiap lelaki yang bergelar seorang suami pastinya ingin memberikan yang terbaik buat isteri masing-masing. Tidak kisahlah sama ada anda terpaksa berkorban apa sahaja buat yang tercinta.
Sebuah kisah menyentuh hati telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter iaitu Izazudin M tentang pengorbanan seorang suami yang ingin memastikan bahawa dia mampu untuk memberikan yang terbaik buat isteri tercinta walaupun sebenarnya kurang berkemampuan.
Perkongsian tersebut juga telah meraih lebih 24 ribu retweets di laman Twitter ketika artikel ini ditulis.
Bukan setakat itu sahaja, perkara seperti ini juga mampu membuka mata masyarakat supaya lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki dan yang telah dikurniakan oleh Tuhan.
Bukan semua orang diberikan kesenangan hidup di dunia ini.
Perkongsian ini diambil semula melalui screenshot daripada posting asal seorang pengguna Instagram iaitu @Zeghrinjfrs iaitu pereka fesyen yang telah membantu pakcik ini merealisasikan impiannya
Pakcik ini merupakan client yang istimewa. Dia mempunyai seorang isteri dan dua orang anak berusia 10 dan 15 tahun.
Namun begitu, untuk melayan pakcik ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Bukan apa, caranya adalah sedikit berbeza berbanding orang lain.
"Aku macam bodoh je datang lepas tu keluar..."
Pakcik ini juga berniat untuk menempah baju raya buat kedua-dua anaknya terlebih dahulu. Jika ada rezeki lebih, baru boleh tempah buat isteri tercinta.
"Orang selalu kutuk aku cacat, tapi isteri aku normal."
Perkara itu membuatkan dia berasa bahawa sebenarnya dia mampu untuk memberikan isterinya pakaian yang cantik walaupun telah dihina dan dicaci orang ramai.
Konsepnya sangat mudah, tangan yang memberi adalah lebih mulia daripada tangan yang menerima. Jadi, jangan berfikir panjang untuk memudahkan urusan lain. InsyaAllah suatu hari nanti Tuhan akan bantu kita semula.
Sumber: Twitter @IzazudinM | Instagram @zeghrinjfrs