"Kek Ni Untuk Birthday Acik Je" - Lelaki Ini Kongsi Pengalaman 'Customer' Beli Kek Sendiri
Sedihnya...
Selalunya bila menjelang hari jadi, pasti anda akan menerima pelbagai bentuk elemen kejutan daripada keluarga ataupun yang tersayang, bukan?
Kadang-kadang sampai tak pernah terfikir dengan kejutan yang diberikan. Rasa seronok, terharu, sedih, semuanya lah. Lebih-lebih lagi bila terfikir ada juga yang masih ingat akan tarikh hari lahir dan usaha yang dikeluarkan untuk membuat kejutan di hari istimewa anda.
Happy sangat!
Namun sebenarnya, ada juga insan yang kurang bernasib baik. Sehinggakan terpaksa membeli kek hari lahir sendiri. Sedihnya...
Baca pengalaman seorang pengguna Twitter yang juga pekerja di sebuah kedai kek ketika berhadapan dengan seorang pelanggan yang membeli kek untuk hari lahirnya sendiri.
Baca perkongsian penuh di bawah:
"Kek apa yang sedap?" Lalu pekerja kedai kek tersebut mengesyorkan kek span vanilla blueberry
Tadi ade cus, baya baya mak kita la. Dia datang, pilih kek macam biasa kat chiller. Dia tanya kek ape yang sedap, aku cakap la kek semua sedap, bergantung pada selera masing masing.
Aku tengok macam susah je, aku pun syorkan dia amik kek span vanilla blueberry.
Dia setuju dengan pemilihan kek yang dicadangkan. Tiba-tiba, bila part nak tulis nama pada kek makcik itu pun bersuara dan mengatakan bahawa kek itu adalah untuk dirinya sendiri...
Dia amik kek tu, sampai la part nak tulis nama. Nak tulis apa cik atas kek ni? Dia macam nak ketawa tapi tahh, aku hulurla kertas dengan pen. Tulis je la Happy Birthday. Dia pun pulangkan balik kertas dengan pen tu.
Nama dengan umur takyah eh cik? Aku tengok dia senyum je, tapi senyap sambil geleng kepala aku pun tulis la, atas kek tu dengan buttercream warna putih.
Tengah tengah tulis, makcik tu kata. Kek ni untuk birthday acik je, biase biase je dah la. Sambil senyum.
Rasa sebak yang memang tak boleh tahan bila dengar penjelasan makcik itu lalu dihadiahkan satu slice kek sebagai kek hari lahirnya
Aku toleh la pandang dia. Lahhh, birthday makcik ke? Aku sambung tulis. Bapak ah! Sebak gile aku rasa! Bayangkan la, mak beli kek untuk birthday sendiri! Sedangkan aku tengok ade yang datang beli untuk gf/bf.
Masya Allah.. Aku nak nangis tau, bukan ape. Yelah kerja kat negeri orang, fikir fikir balik dah lama tak balik nismilan. Gindu pulak kek omah abah den. Aku tengok kat showcase tu ade kek continental slice, aku bungkus dalam kotak sekali kan dengan kek yang dia beli tu.
Makcik itu mulai pelik kenapa ada kek lebih di dalam plastik, namun dia berasa terharu apabila diberitahu bahawa kek tersebut adalah untuk dirinya
Dia pelik, kenapa ade lebih pulak ni. Aku hulur je lah. Kira macam biasa.
Kek dalam kotak ni saya bagi sebab birthday makcik! Sambil sambil tu wish la, semoga panjang umur, murah rezeki and sihat selalu.
Pehhh, air mata dia mengalir sambil aminkan doa aku .Lepas tu dia terus ke pintu cakap terima kasih dik! Semoga murah rezeki Aminn.. Aku rasa lega, sebab dapat tengok makcik tu gembira. So, dekat sini bukan aku nak tunjuk baik atau riak. Cuma korang boleh lihat and ambil mana yang patut!
Sedihnya baca kisah makcik ini. Mungkin anak-anak terlalu sibuk dengan kerja sampai terlupa. Semoga ada yang ingat tarikh hari lahir dia selepas ini.
Sumber: Twitter @rfmohdana