[VIDEO] PU Amin Nasihat Ibu Bapa Untuk Amalkan Selawat Ini Sebelum Hantar Anak Ke Pengasuh

Sama-sama amalkan. InsyaAllah anak-anak akan dilindungi.

Berikutan kes kematian Adam Rayqal yang masih lagi viral di laman sosial kini telah membuatkan ramai ibu bapa yang ragu-ragu untuk menghantar anak ke tempat pengasuh

Jika anda memilih untuk tidak bekerja dan mula untuk menjaga anak sendiri di rumah, kos yang ditanggung oleh suami akan menjadi semakin tinggi. Oleh itu, jika anda tiada pilihan lain, mungkin anda harus sentiasa ikhtiar supaya anak-anak sentiasa dilindungi oleh Allah.

Seperti perkongsian video yang dimuat naik oleh PU Amin baru-baru ini, beliau telah menyuarakan tentang isu ini dan juga terkejut dengan tindakan manusia yang memperlakukan perkara sekejam itu kepada seorang bayi.

Malah, beliau juga berkongsi kebaikan Selawat Tafrijiyah yang boleh diamalkan oleh ibu bapa sebelum menghantar anak ke tempat pengasuh.

Lihat video penuh di bawah:

"Ini antaran nasihat dan tunjuk ajar para ulama bagi kita semua. Amalkan bersama - sama."

Selawat ringkas ini juga boleh diamalkan setiap hari sebanyak 44 kali sebelum memilih dan menghantar anak ke tempat pengasuh. Semoga dengan ayat ini, Allah akan sentiasa melindungi mereka daripada perkara yang tidak diingini.

Boleh hafal dan baca Selawat Tafrijiyah ini seperti di bawah:

Image via Aeinna Musa

Selain itu, perkongsian PU Amin hari ini juga adalah khas untuk para ibu bapa yang menidur dan mendodoi anak setiap malam, boleh amalkan selawat ini:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment