Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Suka Bau-Bauan Wangi? Ini List Perfume Lokal Malaysia Unik & Harga Mampu Milik!

Setanding perfume mahal.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Minyak wangi dan wanita memang berpisah tiada, setiap kali nak keluar rumah mesti sembur minyak wangi dulu bukan?

Korang tahu tak dekat Malaysia ni banyak jenama lokal yang menjual minyak wangi juga tau. Bau-bauannya juga setanding dengan minyak wangi luar negara. 

Malah, jenama lokal ini mengeluarkan produk minyak wangi yang mempunyai identiti Malaysia. Kenalah support dan bangga kan?

Jom tengok list jenama lokal minyak wangi!

1. Médin Fragrance

Image via @medinfragrance (IG)

Image via @medinfragrance (IG)

Médin Fragrance menggunakan konsep tempat di Malaysia terutamanya di bandar Kuala Lumpur. Siri Kuala Lumpur mereka merupakan edisi terhad.

Tawarkan tiga jenis minyak wangi iaitu Jalan P. Ramlee, Saloma Bistro dan Railway Station. Ketiga-tiga mempunyai bau yang unik dan enak.

Minyak wangi Médin sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita. Ada yang bau floral, woody, kopi dan macam-macam lagi.

Harga: RM159 (50ml)

Instagram: @medinfragrance

2. Malaya Perfumery

Image via @malayaperfumery (IG)

Image via @malayaperfumery (IG)

Malaya Perfumery merupakan syarikat perfume yang memformulasikan vegan dan freshmade perfume yang pertama di Malaysia.

Formulasi Malaya Perfumery menggunakan fine fragrance dan bahan-bahan natural tanpa lemak haiwan dan bebas dari bahan kimia berbahaya.

Paling laris adalah Blooming Tuberose Bunga Sundal Malam, ramai yang beli untuk wedding tau!

Banyak lagi wangian yang berbaukan identiti Malaysia seperti tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

Harga: RM128 hingga RM159 (50ml)

Instagram: @malayaperfumery

3. Nyindiri

Image via @nyin.diri (IG)

Image via @nyin.diri (IG)

Nyindiri merupakan jenama lokal yang menawarkan empat bauan minyak wangi. Antaranya beautiful in white, delicious surprise, garden of eden dan valencia breeze.

Paling disukai ramai adalah bau Valencia breeze yang seakan-akan membawa korang ke tempat percutian.

Harga: RM49 (30ml)

Instagram: @nyin.diri 

4. Scents of Memento

Image via @scentsofmemento (IG)

Image via @darocy820 (IG)

Scents of Momento menawarkan pelbagai jenis minyak wangi, bukan itu saja mereka juga ada room spray, scented candle.

Kalau korang suka bau clean and soft, korang boleh cuba blue jeans white skirts. Kalau korang berminat nak buat perfume sendiri pun ada disediakan workshop.

Harga: RM180 (100ml)

Instagram: @scentsofmemento

5. KLONE

Image via @kloneglobal (IG)

Image via @kloneglobal (IG)

Minyak wangi daripada KLONE mmepunyai nama-nama yang unik. Dengan tagline choose your mood, tidak dinafikan mereka sangat kreatif.

Bau-bauan juga sangat variety, ada yang manis, fresh dan banyak lagi.

Harga: RM180 (50ml)

Instagram: @kloneglobal

6. The Bintang Perfume

Image via @thebintang.hq (IG)

Image via @thebintang.hq (IG)

The Bintang aktif menjual minyak wangi mereka di booth-booth hujung minggu. Pelbagai minyak wangi dijual dengan bau yang tersendiri.

Harga: RM89 (30ml)

Instagram: @thebintang.hq

7. Leira Studio

Image via @26_x__ (IG)

Image via @chloeimnidaa (IG)

Leira Studio menjual diffuser dan wangian rumah. Tapi apa yang menarik perhatian adalah korang boleh buat perfume ikut cita rasa sendiri di sini.

Perfume workshop di Cheras dan Seremban. Korang kena buat appoinment dulu tau.

Instagram: @leira_studio

Haa, siapa nak beli minyak wangi tu bolehlah sapot lokal!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment