[VIDEO] Pasangan Pengantin Pilih Nikah Di Pejabat Agama Sebab Lebih Mudah & Tak Renyah
Yang penting jangan ikut cakap orang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Untuk pasangan pengantin, sudah tentu akan ada impian membuat majlis persandingan bukan?
Namun, seperti umum ketahui mengadakan satu majlis perkahwinan sudah tentu menelan kos yang besar. Sebab itu, ada yang menyarankan supaya pasangan pengantin bersederhana saja.
Baru-baru ini, sepasang pasangan pengantin telah mengadakan majlis merisik dan nikah secara kecil-kecilan telah mencuri tumpuan ramai di platform TikTok.
Buat majlis ikut kemampuan sendiri sebab tak nak tanggung hutang
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin berkongsi keadaan majlis merisik dan majlis nikah mereka.
Untuk majlis merisik, gadis itu hanya meminjam cincin daripada bakal mak mertua dan tidak memasang pelamin di rumah.
Untuk majlis nikah pula, pasangan itu memilih untuk bernikah di pejabat agama kerana ia lebih mudah dan tidak perlu mengikut prosedur permohonan untuk mengadakan majlis di lokasi lain seperti masjid yang kadang-kadang agak merenyahkan.
Gadis itu juga berkongsi wang hantarannya hanyalah bernilai RM7000 walaupun dia memiliki ijazah sarjana muda.
"Kalau awal-awal dah berhutang, sebab nak ikutkan grand sama macam majlis orang lain" tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!