seismik

“Majikan Dari Neraka” - Pembantu Rumah Terselamat Selepas Dikurung Seminggu Di Balkoni

Dia tidur dalam keadaan basah ketika hujan.

Cover image via Harian Metro & HomeBagus (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pembantu rumah di rumah kondominium Mutiara Damansara dilayan buruk oleh majikannya

Menurut sumber, mangsa berusia 21 tahun itu dikurung di balkoni oleh majikannya. Dia terpaksa tidur di luar ketika hujan dengan hanya dibekalkan bantal dan tilam.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati mangsa adalah pembantu rumah kepada keluarga warga tempatan dan diletakkan di balkoni rumah sebagai tempat tinggalnya.



Image via Harian Metro

Sempat campak nota bantuan di luar rumah

Mangsa juga belum menerima bayaran gaji daripada majikan kerana baru saja bekerja kira-kira seminggu.

"Mangsa hanya masuk ke dalam rumah berkenaan pada 5 pagi hingga 11 pagi selepas diarahkan untuk kemas rumah dan apabila selesai mangsa diarahkan berada di balkoni semula dan akan dikunci oleh majikan.

"Mangsa diberikan makan dan minum sebanyak tiga kali sehari. Tambahan pula dia akan dimarahi majikannya dan akan dikurung.

"Mangsa menulis kertas dan mencampakkan keluar rumah dari balkoni tempat tinggalnya bagi mendapatkan bantuan," katanya.

Difahamkan, majikannya dipercayai seorang wanita berumur 69 tahun. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007 dan Sekayen 55B Akta Imigresen 1956/63.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: