[VIDEO] Pelancong Teruja Nampak Ikan Paus Pilot Muncul Di Tioman, Jarang-Jarang Berlaku!
Beruntungnya dapat tengok depan mata.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular video baru-baru ini, dipercayai sekumpulan ikan paus pilot muncul di Pulau Tioman, Pahang
Sebuah pelayaran pengembaraan di Pulau Tioman yang dikenali sebagai Sea Rascals baru-baru ini menjumpai sekumpulan ikan paus pilot semasa mereka mengembara.
Kapten krew, Zai sempat merakam momen indah itu dengan kameranya.
Menerusi videonya, sekumpulan ikan paus pilot dilihat sedang berenang di sebelah bot. Ada seekor ikan paus pilot pula kelihatan seolah-olah sedang membuat persembahan.
Ikan paus pilot merupakan mamalia yang suka bermain dan sangat mesra
Mereka hidup dalam kumpulan dan akan bergerak secara kumpulan juga.
Sebagai rekod, ikan paus pilot mempunyai kecerdasan yang luar biasa, mereka boleh melakukan aksi yang kompleks.
Mereka jarang dijumpai di Pulau Tioman berbanding dengan Langkawi atau Sarawak.
Namun, penampakan ikan paus pilot di sekitar Tioman tidak mustahil untuk dijumpai tetapi sangat jarang berlaku.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!