Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gambar YDP Agong, Sultan Muhammad V Kahwini Wanita Rusia Tersebar Di Media Sosial

Wanita tersebut dipercayai merupakan bekas ratu cantik Moscow.

Cover image via Borneo Today

Semalam, 23 November, telah tersebar gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, yang dilaporkan telah berkahwin dengan seorang wanita dipercayai warganegara Rusia

Image via Twitter @mfauzijasimin

Menurut laporan Sinar Harian, wanita tersebut dipercayai merupakan bekas ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina.

Image via Google

Seperti yang dilaporkan www.islamnews.ru, majlis perkahwinan yang berkonsepkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia itu telah diadakan di Dewan Barvikha di Moscow.

Dalam majlis itu, Sultan Muhammad V mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara wanita terbabit memakai sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda.

Dilaporkan, tetamu yang hadir dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol.

Image via Twitter @mfauzijasimin

Sebelum ini pernah juga tersebar gambar seorang wanita yang dikatakan bakal menjadi permaisuri Kelantan

Image via Reddit Malaysia

Image via Reddit Malaysia

Sehingga kini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut.

Sekiranya perkhabaran ini sahih, kami di SAYS Seismik ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDPA Sultan Muhammad V

Daulat Tuanku!

Image via Borneo Today

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment