Sultan Kelantan Sah Letak Jawatan Sebagai Yang Di-Pertuan Agong
Baginda telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember 2016 yang lalu.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta-merta, hari ini, 6 Januari
Perkara ini telah disahkan melalui satu kenyataan daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz yang menyatakan bahawa peletakan jawatan baginda itu dibuat selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan dan sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.
Image via Berita Harian
Menurut kenyataan itu, sepanjang menjalankan tugas, baginda sudah berusaha memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua negara dan berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan dalam kalangan rakyat.
Sultan Muhammad V turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016 yang lalu
Image via Berita Harian
Menurut kenyataan itu lagi, baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan tentera, amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia dicurahkan kepada baginda dan negara selama ini.
“Kepada rakyat Malaysia, baginda bertitah supaya terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat ini agar Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni,” katanya.
Baca kenyataan rasmi di bawah:
Image via MalaysiaKini
Daulat Tuanku!
Image via Malay Mail
Lagi artikel berkenaan Sultan Kelantan di bawah:
Leave a comment