Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[TERKINI] Sultan Pahang Secara Rasmi Dilantik Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah ditabal sebagai DYMM Sultan Pahang bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Haji Ahmad Shah pada 12 Januari yang lalu.

Cover image via FMT

Sultan Pahang Sultan Abdullah secara rasminya dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16

Image via Portal Diraja Pahang

Perkara ini telah diumumkan dalam satu pengumuman selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas di Istana Negara, hari ini, 24 Januari.

Pelantikan tersebut telah dibuat bagi menggantikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang telah meletak jawatan pada Ahad, 6 Januari yang lalu, selepas hanya 2 tahun berkhidmat.

Sultan Abdullah akan berkhidmat secara rasminya sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu untuk tempoh 5 tahun dan akan ditabalkan pada 31 Januari ini, di Istana Negara.

Pemilihan Sultan Pahang sebagai Yang-di-Pertuan Agong adalah melalui pengundian oleh Raja-Raja Melayu yang diadakan pada 10.30 pagi tadi

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja tersebut telah dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun.

Image via Isma Web

Pemilihan tersebut telah dilakukan secara sulit melalui kertas undi yang dibekalkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Kertas yang digunakan adalah tidak bernombor serta harus ditandakan dengan pen dan dakwat sama.

Dalam kertas undi tersebut, setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada calon Raja yang tersenarai adalah sesuai atau tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Image via Sinar Harian

Kemudiannya kertas undi akan dimasukkan ke dalam peti serta dimusnahkan sama ada dibakar atau dirincih di hadapan Raja-raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan.

Calon Raja perlu mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda.

Dalam mesyuarat pemilihan itu, hanya Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan itu.

Walaupun pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-16 adalah melalui sistem pengundian, namun ianya tetap sama dengan sistem penggiliran sedia ada

Image via Twitter @FirdausAzil

Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Sistem penggiliran dalam kala­ngan sembilan Raja-raja Melayu kini memasuki pusingan kedua yang menyaksikan Raja-raja Melayu dari enam negeri telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Susulan pemilihan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, kini tinggal dua lagi Raja-raja Melayu dari Johor dan Perak untuk melengkapkan pusingan kedua sistem penggiliran itu.

Kenyataan penuh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkenaan pemilihan Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di bawah:

Daulat Tuanku!

Image via Blog Best of KL

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sementara itu, Sultan Perak Sultan Nazrin akan menyandang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment