Swatch Malaysia Nekad Saman Kerajaan Selepas Insiden KDN Rampas Jam Tema 'LGBTQ'
Sebanyak 172 jam tangan disaman termasuk siri 'Pride Collection'.
Jenama jam tangan terkenal, Swatch Malaysia bertindak memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar tindakan kerajaan merampas koleksi jam tangan mereka
Menurut sumber, pegawai Kementerian Dalam Negeri membuat rampasan di beberapa kedai Swatch pada Mei lalu kerana jam tangan terbabit dikatakan mempunyai unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Syarikat itu mendakwa rampasan berkenaan tidak sah kerana aksesori berkenaan bukan ditakrifkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.
Image via Malay Mail
Beberapa model antara 172 jam tangan yang dirampas telah dijual di Malaysia selama lebih setahun dan tiada notis atau aduan mengenainya
Image via Yahoo News Malaysia
Syarikat itu berkata peguamnya pada bulan lalu juga telah memohon KDN memulangkan jam dirampas, namun sehingga kini agensi itu belum berbuat demikian.
“Jam tangan tersebut belum ditakrifkan sebagai penerbitan yang dilarang, oleh itu pegawai tidak mempunyai kuasa untuk memasuki cawangan pemohon (Swatch Malaysia) untuk merampasnya,” katanya.
Menurut notis itu, pemohon juga menyifatkan tindakan itu bermotifkan politik memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal diadakan tidak lama lagi.
Susulan itu, Swatch menuntut jam tangan itu dikembalikan semula dan ganti rugi yang dianggarkan RM64,795.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment