Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Syarikat Pengiklanan Minta Maaf Selepas Ralat Papar Visual Menara Petronas 'Kembar 3'

Difahamkan, ia merupakan poster rasmi sambutan kemerdekaan syarikat tersebut.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, sebuah syarikat pengiklanan tampil meminta maaf gara-gara kesalahan pada visual ucapan Selamat Hari Kebangsaan oleh Ibu Pejabat Daerah Brickfields yang dipaparkan di Sri Hartamas

Syarikat WOW Media Sdn Bhd telah memuat naik kenyataan rasmi di laman Facebook mereka bertindak sedemikian untuk meredakan keadaan.

Untuk mengelakkan sebarang salah faham, mereka telah memadam visual tersebut daripada tatapan awam.

Image via WOW Media Sdn Bhd

"Kami ingin memaklumkan isu yang berlaku dengan visual 'Ucapan Selamat Hari Kemerdekaan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields' yang dipaparkan pada skrin di Sri Hartamas.

"Kami telah mengenal pasti akan kesalahan dalam visual yang dipaparkan pada skrin tersebut dan segera memadam visual itu," tulisnya.

Image via WOW Media Sdn Bhd (Facebook)

Sementara itu, pihak Polis Brickfields turut memaklumkan pihak mereka telah meminta syarikat berkenaan untuk menurunkan iklan terbabit serta-merta dalam satu hantaran di media sosial

Image via Facebook

Terdahulu, tular satu visual poster rasmi sambutan kemerdekaan hasil janaan AI yang meraih perhatian ramai apabila terdapat imej menara petronas dengan kembar 'ketiga' yang sekaligus menghilangkan identiti sebenar menara tersebut.

Ekoran itu, orang ramai mula mempersoalkan integriti syarikat terbabit yang gagal menyemak terlebih dahulu hasil poster yang digunakan oleh badan rasmi tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment