seismik

Pusat Pelancongan 'Cameron Santorini' Diroboh Pihak Berkuasa Gara-Gara Dibina Secara Haram

Baru nak datang.

Cover image via Sirap Limau & Kosmo!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tarikan terbaharu, Cameron Santorini dikenakan tindakan penguatkuasaan apabila pemiliknya melakukan pembinaan secara haram

Menurut laporan Kosmo!, dalam operasi yang dilaksanakan bermula pukul 9 hingga 11.30 pagi semalam itu menyaksikan sebahagian daripada binaan Cameron Santorini dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Operasi diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Azmil Hadid Maznan turut disertai Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cameron Highlands.

Image via Kosmo!

Difahamkan, pihak berkuasa akan mengeluarkan kompaun terhadap pembinaan bangunan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk tiada kebenaran merancang

Kawasan berkenaan juga berstatus pertanian disewa daripada pihak Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands.

"Semoga tindakan penguatkuasaan ini dapat menjadi iktibar dan peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan agar mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan semasa yang berkuatkuasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata, operasi yang dilaksanakan berkenaan berjalan dengan baik dan lancar.

Menurut kenyataan Majlis Daerah Cameron Highlands, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan atas kesalahan Seksyen 70 (1) iaitu pembinaan tanpa kelulusan di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Image via Sirap Limau

Walau bagaimanapun, tiada kekecohan dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dan kawasan berkenaan kini ditutup.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: