Lee Zii Jia, Aaron-Wooi Yik Bakal Terima Ganjaran Kereta SUV & Wang Tunai RM100,000
Tahniah sekali lagi!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti yang diketahui umum, pemain badminton dan atlet kebanggaan negara iaitu Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik telah berjaya membawa pulang pingat gangsa di sukan Olimpik Paris 2024
Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia serta pasangan beregu dinamik Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya membuktikan bahawa mereka sememangnya hebat dan telah mengharumkan nama Malaysia.
Untuk meraikan kejayaan mereka, Chery Malaysia telah mengumumkan ganjaran istimewa untuk wira-wira Olimpik itu
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Chery Malaysia, mereka mengucapkan tahniah buat ketiga-tiga pemain badminton negara itu atas kejayaan merangkul pingat gangsa di Olimpik Paris 2024.
Sebagai tanda penghargaan, Chery Malaysia turut mengumumkan yang mereka bertiga bakal menerima model SUV Chery Tiggo 7 Pro bernilai RM123,800 setiap seorang.
Ia merupakan ganjaran yang dijanjikan oleh Chery Malaysia pada bulan Jun lalu bagi mengkitiraf segala usaha dan penat lelah para atlet negara yang berjuang untuk memenangi pingat di Olimpik Paris 2024 kali ini.
Dalam pada itu, di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), pemenang gangsa Sukan Olimpik akan menerima wang tunai sebanyak RM100,000
Malah, atlet turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik yang diberikan secara bulanan sepanjang hayat dengan pemenang gangsa bernilai RM2,000.
Untuk itu, ketiga-tiga atlet berkenaan layak untuk menerima ganjaran wang tunai dan imbuhan daripada SHAKAM.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!