Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Syed Saddiq Janji Dengan PMX Akan Jadi Orang Pertama Yang Tahu Jika Umum Nak Berkahwin

Bukan main ya YB, kahwin dengan Bella Astillah ke tu?

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Media sosial kini hangat dengan hubungan di antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi, Bella Astillah

Difahamkan, mereka berdua dilihat rapat sejak bersama menjadi model pakaian untuk sebuah jenama pakaian.

Malah, netizen juga turut 'ship' hubungan mereka berdua ini yang dilihat sangat mesra dalam media sosial dan di luar.

Syed Saddiq baru-baru ini telah membuat kejutan apabila tampil menyampaikan persalinan baju Melayu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Image via @syedsaddiq (TikTok)

Perdana Menteri usik mengenai hubungan dengan Bella, Syed Saddiq minta doakan baik-baik

Menerusi video yang dikongsikan Syed Saddiq di akaun TikToknya, kelihatan mengambil peluang menyampaikan baju Melayu berona biru dan merah jambu itu ketika berpeluang bertemu Perdana Menteri di Lobi Parlimen.

Apa yang mencuit hati, Anwar sempat mengusik dan memberitahu Bella Astillah sepatutnya perlu ada ketika penyerahan sepersalinan baju Melayu itu.

Dengan reaksi sepontan, Syed Saddiq kemudian 'meminta' Anwar tidak 'mengganggu' Bella, seolah-olah mengiyakan gosip selebriti berkenaan adalah teman wanitanya.

"Jangan kacau, itu (Bella) saya punya, kasi (bagi) chance (peluang) la Datuk Seri," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Anwar sempat mengusik Syed Saddiq yang kini 'trending' di media sosial selepas menjadi model baju raya bagi sebuah jenama fesyen ketika sesi Pertanyaan di Dewan Rakyat.

"Tak pakai baju Melayu hari ni...model pakaian tak ada hari ni?" demikian usik Perdana Menteri sambil mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq kerana mengajukan soalan.

Usikan Perdana Menteri menceriakan suasana Dewan Rakyat apabila disambut hilai tawa beberapa Ahli Parlimen, termasuk ada membangkitkan nama pasangan Syed Saddiq sebagai model baju raya, Bella.

Lihat video di bawah:

Kami doakan yang baik-baik untuk hubungan mereka berdua :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment