Syok Layan K-Drama Sampai Menangis, Lelaki Berbadan 'Sado' Ini Kantoi Gelagatnya Dirakam
Sedih pula tengok dia menangis macam tu.
Kebiasaannya kita akan menyifatkan lelaki berbadan tegap atau sado adalah seorang yang mempunyai hati kental dan gagah
Hal ini kerana luaran badan mereka yang nampak kuat dan mustahil untuk menangis serta tidak takut melakukan sesuatu.
Namun, lain pula yang terjadi apabila tular satu video di Twitter menunjukkan seorang lelaki berbadan sasa menangis sambil melayan K-Drama mencuri perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tengah syok layan drama di telefon sekali mengalir air mata
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu telah dirakam oleh kawan-kawannya semasa dia sedang fokus melayan sebuah drama Korea berseorangan di telefonnya.
Namun, apa yang melucukan adalah apabila dia tiba-tiba lelaki itu menangis semasa menonton salah satu babak drama tersebut. Aksinya itu membuatkan kawan-kawannya terpaksa menahan ketawa.
Tidak lama selepas itu, mereka menerjah ke arahnya sebelum dia dilihat cuba lap air mata dengan muka yang masih kemerahan. Rupa-rupanya lelaki berkenaan menangis kerana melihat muzik video Filipina yang menceritakan sepasang kekasih tidak jadi untuk berkahwin.
Image via @ayidmazlan_ (Twitter)
"Lagu ni serious sedih. The lyrics tell everything" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi lelaki itu dan ada yang dapat relate dengan situasi tersebut.
Malah, ada juga yang memberitahu muzik video tersebut sememangnya sangat sedih kerana mempunyai maksud mendalam.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 274K views, 9,598 retweets dan 12K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Siapa cakap badan sado tak boleh menangis. Kalau dah sedih tu memang tak boleh tahan okay :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment