seismik

[VIDEO] "Baru Nak Acah Gangster" - Sebab Seekor Lipas, Satu Bilik Geng Lelaki Ini Menjerit

Satu bilik takut ya rupanya.

Cover image via @hasifchoy (TikTok)

Lipas adalah serangga yang ditakuti ramai walaupun ianya berbadan kecil

Bukan apa, kebanyakan orang geli dengan lipas kerana ia adalah serangga yang kotor dan kebiasaannya selalu datang dari kawasan yang busuk seperti tong sampah.

Tambah pula, jika ia membuka sayap dan terbang, memang semua akan lari lintang pukang bila ternampak serangga ini.

Sama seperti kejadian yang berlaku kepada sekumpulan geng lelaki ini apabila video mereka di TikTok tular gara-gara seekor lipas yang dijumpai dalam bilik mereka.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hasifchoy

Wehh aku baru nak acah gengster tapi BABI PUNYA LIPAS

original sound - hasifchoy - HasifChoy

Hilang macho bila satu bilik menjerit sebab takut dengan lipas

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan geng lelaki itu berada di asrama dalam bilik mereka.

Namun, secara tiba-tiba muncul seekor lipas di dinding bilik yang membuatkan mereka semua menjerit kerana geli dan ketakutan dengan serangga tersebut.

Salah seorang daripadanya telah memegang seterika untuk menyembur lipas berkenaan dengan wap air panas.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah selepas dia mula menyembur wap air itu, lipas berkenaan mula terbang ke arahnya membuatkan dia terus menjerit dengan kuat.

Tidak lama selepas itu rakan-rakan remaja lelaki itu dilihat sedang memukul lipas tersebut dengan penyapu.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@hasifchoy

disebabkan video lipas aku masuk fyp , nak throwback sikit HAHAHAHAHA KENAPA AKU JERIT MACAM TU WEHH

original sound - hasifchoy - HasifChoy

"Aku pulak yang over tengok video ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi geng lelaki tersebut. Malah, ada juga yang boleh relate apabila berdepan dengan situasi seperti itu kerana takut dengan lipas.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 23.7K likes, 456 comments dan 816 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sekali dia terbang memang semua menjerit tak ingat dunia :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: