seismik

Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka Artik, Berjaya Kalahkan Pasangan Dari Denmark. Tahniah!

Terbaiklah!

Cover image via Berita Harian & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan beregu profesional lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berjaya menundukkan pasangan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada perlawanan akhir Terbuka Artik di Finland pada Ahad, 13 Oktober

Menerusi laporan Sinar Harian, perlawanan sengit di Vantaan Energia Areena itu menunjukkan pasangan negara yang berada di kedudukan kelapan dunia tersebut terlebih dahulu bermula goyah apabila tewas 15-21 pada set pertama.

Namun, mereka bangkit dengan permainan lebih kemas pada set kedua untuk melakar kemenangan 21-15 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan aksi konsisten mereka apabila melakar kemenangan 21-19 untuk menundukkan Astrup-Rasmussen yang juga pilihan kedua kejohanan berstatus Super 500 itu.

Image via Berita Harian

Kemenangan itu juga membolehkan mereka membalas dendam ke atas Astrup-Rasmussen selepas tewas di Masters Malaysia Mei lalu dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasangan berkenaan.

Gandingan negara yang keluar dari naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak 1 September lalu itu sebelum ini pernah menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China.

Tahniah sekali lagi Sze Fei-Nur Izzuddin! Terus harumkan nama Malaysia di persada dunia <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: