Netizen Kongsi Tekanan Lepas Bercerai Di Media Sosial - "Wujud Rupanya Lelaki Tersakiti"
Selagi boleh selamatkan, cubalah yang terbaik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah tentu mengidamkan hubungan kekal lama sehingga ke tua
Namun begitu, dugaan dalam setiap rumah tangga itu tidak sama. Kebanyakannya tidak dapat bertahan lama dan akhirnya bercerai-berai disebabkan perselisihan faham, wujud orang ketiga, masalah kewangan dan sebagainya.
Baru-baru ini, sebuah ciapan di laman Threads telah menjadi bualan ramai apabila seorang individu bertanya kepada kaum lelaki tentang bagaimana kehidupan mereka selepas bercerai.
Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan meminta pendapat orang ramai terutamanya mereka yang sudah sama ada mereka menyesali tindakan tersebut dan berapa lama mereka ambil masa untuk hilangkan rasa sedih.
Ternyata, ia mendapat perhatian ramai dan pelbagai reaksi dapat dilihat di ruangan komen. Ada yang mengambil masa dua tahun untuk pulih, ada juga yang seronok menjadi duda kerana peranan sebagai suami sudah habis.
Berikut di bawah adalah antara komen netizen di Threads:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!