Tahun Pertama Berpuasa Tanpa Mak, Anak Kongsi Siapkan Lauk Frozen Berbuka Untuk Ayah
Sedih pula rasa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramadan adalah bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia
Berbuka bersama keluarga sememangnya satu momen bermakna kerana tidak semua orang dapat berbuka bersama ahli keluarga mereka.
Ditambah pula, bagi yang duduk berjauhan dengan keluarga dan yang baru kehilangan ibu bapa tercinta. Pastinya Ramadan kali ini berbeza buat mereka.
Image via @dapurhana_hq (TikTok)
Sediakan pelbagai lauk frozen untuk bapa berbuka nanti
Menerusi video di akaun TikTok @dapurhana_hq, kelihatan seorang wanita berkongsi bekalan lauk yang disediakan di dalam peti sejuk beku.
Difahamkan, wanita itu menyediakan lauk dan diletakkan di dalam peti sejuk beku bagi memudahkan bapanya berbuka puasa nanti. Menurutnya, rutin itu dibuat selepas dia baru sahaja kehilangan ibu tercintanya.
Antara lauk yang disediakan adalah seperti ikan keli cili api, kari ayam, sambal tauhu, rendang ayam, ikan bawal masak merah, asam pedas daging dan banyak lagi.
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment