Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tak Konfiden Mahu Senyum, Ini Tips Anda Boleh Cuba Untuk Dapatkan Gigi Putih Menawan

Semoga membantu!

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gigi yang sihat adalah sangat penting untuk diri kita

Tambahan pula, kita akan menggunakannya setiap hari ketika mahu makan atau minum. Jadi penjagaan yang betul harus lebih diberi perhatian.

Gigi yang tidak sihat sudah pasti akan membuatkan kita kurang keyakinan diri. Tambahan lagi, jika gigi kita berwarna kuning betul tak? Sampai sanggup tidak senyum sebab takut orang nampak.

Anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa kaedah atau cara putihkan gigi yang boleh dilakukan. Jom lihat di bawah.

1. Baking soda atau serbuk penaik

Gambar sekadar hiasan.

Image via Old Mt Pleasant Dentistry

Pertama, anda boleh menggunakan serbuk penaik ataupun baking soda ketika memberus gigi. Caranya, ambil setengah sudu teh serbuk penaik adalah memadai untuk dicampurkan dengan 2 sudu air biasa dan digunakan ketika memberus gigi.

Ia mempunyai potensi untuk menanggalkan plak-plak degil yang terdapat pada gigi dan perkara ini mampu membantu individu mendapatkan gigi yang lebih putih.

2. Lakukan whitening

Gambar sekadar hiasan.

Image via Colgate

Whitening merupakan rawatan gigi dimana doktor gigi tidak akan menghakis permukaan gigi tetapi memelihara permukaan gigi pesakit. Doktor akan membuang karang pada celah gigi menggunakan teknik scaling sebelum meletakkan bahan kimia yang selamat digunakan seperti hydrogen peroxide atau carbamide peroxide untuk melindungi gusi.

3. Selalu flos dan berus gigi

Gambar sekadar hiasan.

Image via CNN & Sensodyne

Walaupun gigi kuning biasanya disebabkan oleh peningkatan umur individu, tetapi sebenarnya ia juga boleh berlaku disebabkan pembentukan plak pada gigi.

Memberus dan flos gigi dengan kerap dapat membantu gigi anda untuk kekal putih dengan cara mengurangkan bakteria dalam mulut anda dan mencegah pembentukan plak. Ubat gigi juga berperanan menanggalkan kotoran pada gigi anda, dan flos pula boleh menghilangkan bakteria yang menyebabkan pembentukan plak.

Gigi yang cantik boleh buat anda tambah rasa konfiden itu :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment