"Tak Nak Mengalah" - Merajuk Dengan Ayah, Budak Tetap Berkeras Hati Ini Cuit Hati Ramai
Sebenarnya dia tengah tunggu je ayah pujuk berkali-kali.
Memiliki anak kecil sudah pasti akan meriuhkan lagi suasana di rumah
Kita pasti sudah sering kali dengar kalau anak perempuan memang akan rapat dengan si ayah, anak lelaki pula akan rapat dengan si ibu bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan merajuk dengan ayah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Masih berkeras hati walaupun dah dipujuk dua kali
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang merakam aksi anak perempuannya yang sedang merajuk dan berdiri menyandar pada dinding.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila si ayah terus memeluk dan memujuknya tetapi budak itu dilihat masih merajuk dan beralih ke tempat lain. Si ayah tidak berputus asa mengejar dan memeluknya lagi namun budak itu dilihat masih marah.
Sebaik saja dia berlari ke arah dapur, reaksi wajahnya dilihat masih marah sambil menunggu kedatangan ayahnya. Namun, ayahnya itu tidak lagi memujuknya membuatkan dia makin geram.
Image via @widylestari25 (TikTok)
"Ayah kau dah dua kali datang dik, kau masihlah merajuk" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 9M tontonan, 857K tanda suka dan 12K komen di TikTok, rata-rata netizen turut boleh relate dengan situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @widylestari25 (TikTok)
Image via @widylestari25 (TikTok)
Image via @widylestari25 (TikTok)
Image via @widylestari25 (TikTok)
Ayah dia memang dah masak dengan perangai anaknya, mewarisi sifat ibu katanya :P
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment