seismik

"Asalkan Sejuk" - Bajet RM120 Pasang Aircond, Lelaki Pelik Kontraktor Nak Pasang Satu Sisi

Nak murah sangat kan?

Cover image via Ang Kong Sing (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, kita akan mengupah kontraktor untuk pemasangan aircond

Hal itu disebabkan pemasangan aircond memang sangat teknikal dan susah. Sebab itu, memang perlukan orang yang pakar supaya dapat berfungsi dengan baik. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook tentang seorang pemuda terkejut gaya kontraktor memasang aircond telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Minta kurang sebab hanya ada bajet RM120, sekali lain pula style pemasangannya

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua keping tangkap layar WhatsApp telah dimuat naik oleh seorang lelaki melalui Facebook. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila lelaki itu berkongsi dia ingin memasang aircond di rumahnya. Apabila ditanya caj servis perkhidmatan, kontraktor itu memberitahu RM250. 

Namun, bajet lelaki itu hanyalah RM120, dia cuba meminta kurang dan menegaskan bahawa dia tidak kisah style pemasangan, asalkan aircond itu sejuk. 

Sebaik saja kontraktor itu menghantar gambar aircond yang dipasang satu sisi, dia terus terkejut dan bertanya adakah ia betul akan berfungsi dengan baik. 

"Itu dah murah bang, biasa memang cas RM280 - RM350" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 110 tanda suka, 92 komen dan 500 kongsian di Facebook, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Aduhai bang, baik tak payah pasang kalau macam tu. Risau jatuh je :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: