"Gambar Blur" - Album Macam Nak Koyak, Pengantin Kecewa Tengok Hasil Jurugambar Ini
Event dah cantik, tapi sayang.
Pasangan pengantin yang mengadakan majlis persandingan pasti akan mengupah jurugambar
Iyalah, gambar dan video tersebut akan dijadikan memori buat seisi keluarga. Tambahan pula, pasangan pengantin juga menanti hari bahagia itu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita kelihatan meluahkan perasaan kecewa terhadap album kahwinnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Album kahwin macam nak koyak, siap ada gambar yang blur
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang melihat dan membelek album kahwin yang baru diterima.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia mendapati album itu mempunyai gambar yang berulang. Dia juga berkata jurugambar yang diupah kurang mahir dalam mengambil gambar.
Tambahan pula, ada juga gambar yang tidak jelas dimasukkan ke dalam album. Jurugambar itu tidak memberikan draft sebelum album itu dicetak.
Namun, wanita itu juga menyatakan bahawa pakej jurugambar yang diupah memang murah dan below market price. Wanita itu menegaskan bahawa dia hanya meluahkan rasa kesal dan tetap bersyukur.
"Gambar dia okay je, cuma susunan storyline dalam album tu berterabur. If shots wide, boleh edit crop. Takda masalah pun. Harga pun dah murah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 440K tontonan, 12K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Mungkin cita rasa client tak kena dengan photographer. Buat pasangan lain, pastikan buat research dulu sebelum booking ya :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!