seismik

“Hantaran Lebih RM86K” - Model Kacak Kahwin Gadis Cantik Ini Curi Tumpuan Ramai

Sama cantik, sama padan.

Cover image via @ismaae_123 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan kekasih yang menjalinkan hubungan sudah tentu menginginkan untuk menikah suatu hari nanti

Iyalah, setelah bertahun berkenalan, sudah tiba masanya untuk menjalin hubungan yang sah. Hari pernikahan merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan pengantin. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pasangan pengantin yang kacak dan cantik menikah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu dibawah: 

Penuh dekat FYP TikTok, tak sangka pula ramai perasan nilai hantaran mereka

Menerusi video berkenaan, kelihatan berlangsungnya majlis pernikahan pasangan pengantin di Thailand.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pengantin lelaki yang sangat segak dan kacak berarak ke rumah pengantin. Ramai yang terpukau melihat kekacakan pengantin lelaki dan kecantikan pengantin perempuan itu.

Namun, lebih mengejutkan lagi adalah apabila wang hantarannya itu melebihi RM86K iaitu sebanyak 700,000 baht.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Asyik lalu je, kesian lah kat kami yang single tersengeh- sengeh sorang-sorang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 429K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bagai pinang dibelah dua, cantik dan kacak! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: