seismik

"Kabel Kuat" - Siap Bawa Anak Masuk Kaunter, Kucing Potong Q Ini Raih Komen Warganet

Ek eh dia selamba ya masuk macam tu je.

Cover image via @wanmex89 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kini ramai yang kita lihat mengambil peluang untuk melancong ke luar negara setelah beberapa tahun kita disekat gara-gara virus Covid-19

Dengan sempadan banyak negara yang kini dibuka semula, ramai yang memperbaharui passport mereka di Jabatan Imigresen terdekat untuk sedia melancong. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan situasi kucing memotong queue di Jabatan Imigresen yang melucukan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba potong queue orang nak buat passport, siap masuk kaunter

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang menunjukkan situasi di Jabatan Imigresen Malaysia.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila seekor kucing dilihat membawa anaknya berjalan masuk ke kaunter dengan selambanya. Orang ramai yang menunggu giliran untuk dipanggil dilihat bengang dengan kucing yang mencuit hati ramai itu.

Kelihatan seorang budak lelaki cuba menahan dan menangkapnya namun gagal kerana kucing itu masuk ke dalam kaunter dengan laju.

"Lama sangat tunggu turn, anak dah merengek, dia masuk dalam terus pergi jumpa pegawai tinggi imigresen dekat dalam office" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.8M tontonan, 152K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap kucing itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi, nak melancong pergi mana tu si kucing? :P

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: