seismik

"Ini Baru Anak Lelaki" - Galas Beg & Naik Motor, Ramai Kagum Pelajar Ini Daftar UM Sendiri

Berdikari betul.

Cover image via Universiti Malaya (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, setiap kali semester bermula, pasti akan ada mahasiswa dan mahasiswi baru mendaftar masuk ke universiti yang dipohon

Seperti biasa, minggu-minggu orientasi ini akan menyaksikan para ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke menara gading. Ada yang travel jauh dari kampung halaman masing-masing. Kebiasaannya, ibu bapa akan menghantar kita pada hari pendaftaran kerana barang keperluan kita yang banyak bukan?

Namun, lain pula dengan kisah seorang pelajar lelaki ini yang menunggang motosikal seorang diri dengan barangnya yang banyak telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Galas beg di depan dan belakang, siap ikat barang-barang di motosikalnya

Menerusi posting berkenaan, kelihatan pihak Universiti Malaya telah memuat naik gambar situasi pelajarnya yang mendaftar pada hari orientasi.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang pelajar lelaki dilihat datang seorang diri dengan menaiki motosikal. Pelajar jurusan pengurusan sukan itu siap menggalas beg di depan dan belakang badannya sepanjang perjalanannya dari TBS ke UM. Dia yang berasal dari Johor itu kelihatan sangat berdikari.

"Selepas SPM, saya menyambung pengajian di peringkat diploma di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Motosikal ini memang saya letak di kawasan parkir Terminal Bersepadu Selatan (TBS), dan saya gunakan setiap kali ‘turun’ KL. Untuk pendaftaran hari ini, saya bermalam di rumah rakan saya di Putrajaya; setelah mengambil motosikal saya di TBS,” katanya.

"Semoga menjadi anak kebanggaan keluarga ya dik" - Netizen

Susulan tularnya posting yang meraih sehingga 7K tanda suka, 800 komen dan 600 kongsian di Facebook, rata-rata netizen turut kagum dengannya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

All the best dan goodluck dik! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: