[VIDEO] Niat Nak Tumpang Toilet, Budak Solat Lepas Dengar Azan Ini Buat Ramai Sejuk Hati
Sejuk perut ibu mengandungkan dia dulu.
Pendidikan dari rumah penting, sebab itu ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak
Dari segi adab, akhlak sehinggalah agama, ibu bapa menjadi role model supaya anak-anak dapat mengikuti jejak langkah yang baik.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil meminta izin ibunya solat di masjid telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Minta izin ibu nak solat selepas dengar azan berkumandang di masjid
Menerusi video berkenaan, kelihatan aksi seorang budak lelaki sedang dirakam ibunya dari dalam kereta.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak kecil itu dilihat ingin pergi ke tandas masjid pada awalnya.
Namun, apabila dia mendengar azan berkumandang tanda telah masuk waktu solat Asar, dia dilihat bergegas meminta izin ibunya untuk solat sebentar.
"Terbaik sungguh la, anak yang baik cermin dari ibu bapanya juga" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3K tontonan, 348 tanda suka dan 56 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji sifat budak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!