Beli Tali Jam RM10 Dekat Pasar Karat, Pemuda Ini Tak Sangka Ada Bahan Emas Bernilai RM7K
Masyuk tu!
Pasar Karat merupakan tempat jualan untuk peniaga-peniaga kecil
Terdapat pelbagai gerai-gerai yang menarik perhatian pengunjung antaranya jualan baju terpakai, barang antik dan banyak lagi.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook group 'Emas Used Atau Terpakai Sahaja' yang memaparkan pemuda membeli tali jam berharga RM10 tetapi rupa-rupanya tali itu bernilai lebih tinggi telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Beli tali jam berharga RM10, tak sangka ada bahan emas 999
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang pemuda telah membeli sebuah barangan antik dari pasar karat JB.
Dia dilihat membeli seutas tali jam tangan seperti emas yang berharga RM10. Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia menguji sama ada tali jam tangan itu mempunyai komposisi emas atau tidak bila tiba di rumah.
Mula-mula, dia dilihat menimbang tali jam tangan itu. Ia mempunyai berat sebanyak 41.44 gram.
Kemudian, dia cuba membuang besi pendakap dan beratnya menjadi 28.6 gram.
Untuk menguji sama ada bahan itu emas atau bukan, pemuda itu dilihat menggoreskan bahan itu pada permukaan kasar.
Selepas itu, pemuda berkenaan mendapati bahan tersebut mempunyai 24.91 gram emas 999. Emas jenis 999 mempunyai 99.9 peratus komposisi emas.
Selain emas 999, dia juga mengatakan bahawa ada beberapa bahan iaitu sebanyak 3.7 gram merupakan emas 750.
Kalau buat kira-kira, dengan harga pasaran emas terkini, pemuda itu dapat meraih keuntungan sebanyak RM7925.
24.91 gram x RM286.25 = RM7130
3.7 gram x RM214.90 = RM795
Emas 999: RM286.25 per gram (setakat 17 Okt 2022)
Emas 750: RM214.90 per gram (setakat 17 Okt 2022)
"Jangan bocor rahsia, nanti ramai pergi pasar karat" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang meraih sehingga 2K tanda suka, 500 komen dan 238 kongsian di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!