seismik

"Biadab Betul" - Niat Nak Sedekah, Habib Lempar Duit Ke Arah Jemaah Ini Undang Kecaman

Semua jemaah berebut mengutip duit yang bertaburan itu.

Cover image via @AinulNunanaa (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, banyak program keilmuan atau ceramah yang sentiasa dijalankan di masjid

Kadangkala, ada penceramah jemputan khas untuk memberi perkongsian tentang sesuatu topik itu. Kebiasaannya, akan ada yang menggelar penceramah itu sebagai habib. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang habib melempar duit ke arah jemaah tanda sedekah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak nak ada yang kecil hati, beliau dilihat melemparkan duit sehingga berterbangan

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang memaparkan situasi di dalam sebuah masjid di Indonesia. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila salah seorang habib bangun dan berjalan ke arah jemaah selepas selesai perkongsian. Lebih membuatkan ramai terpaku lagi adalah apabila dia dilihat membaling duitnya itu ke arah jemaah. 

Orang ramai dilihat berebut dengan duit yang berterbangan itu. Tindakan habib itu telah meninggalkan tanda tanya beberapa pihak adakah caranya wajar dilakukan. 

Namun, ada komen yang mengatakan dia bersetuju dengan cara habib itu. 

"Maaf aku mungkin tak kenal dia siapa atau pangkat dia habib ke apa ke, tapi aku selalu diajarkan dalam hidup, adab lebih penting dari ilmu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan sehingga meraih 437K views, 4K retweets, 1K quote tweets dan 6K likes di Twitter, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Betul dia tak nak orang kecil hati, mungkin ada cara yang lebih baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: