seismik

"Jadi Gelap Gelita" - Gadis Terjun Kolam & Terbelit Dengan Tudung Ini Buat Ramai Panik

Terus sesat ke alam lain.

Cover image via @pandamerahngmy (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Bermandi-manda di dalam kolam renang menjadi aktiviti kegemaran ramai orang

Tambahan lagi kalau kolam renang itu nampak cantik dan bersih. Selalunya bila kita staycation dengan kawan-kawan atau family, sudah tentu kita akan merasmikan kolam renang yang ada betul tak?

Sama juga dengan sebuah keluarga ini sehingga video mereka tular gara-gara salah seorang gadis dilihat terbelit dengan tudung sendiri semasa terjun ke dalam kolam mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Ingatkan semua okay, sekali terjun lama pula dia nak naik balik

Mnerusi video berkenaan, kelihatan dua orang gadis sedang bersiap sedia untuk terjun ke dalam kolam dari balkoni rumah. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila selepas saja mereka terjun, hanya seorang gadis saja yang sempat naik balik. Seorang lagi dilihat sedang struggle kerana terbelit dengan tudung sendiri. 

Perkara itu membuatkan rakan-rakannya tergelak besar dulu kemudian baru nak tolong leraikan tudung yang terbelit. 

"Pernah rasa, pakai tudung bawal masatu. Memang bahaya sebab tak boleh nafas" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 600K tontonan, 33k tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mesti tercungap-cungap dah dia panik sebab tak jumpa jalan keluar!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: