Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Tak Perlu Lari Guna Tali" - Guru Cipta Alat Untuk Bantu Murid Masalah Penglihatan Berlari

Terbaik cikgu!

Cover image via @cguazam (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Selain ibu bapa, guru merupakan insan yang disanjungi kerana mereka turut membekalkan ilmu kepada kita

Bukan itu saja, mereka membimbing dan menunjuk ajar setiap muridnya dengan penuh tanggungjawab. Tidak pernah merungut dan mengucapkan kata penat.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan seorang guru membantu anak muridnya yang mempunyai masala penglihatan dengan mencipta sebuah alat telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Cipta alat bantu untuk anak murid yang mempunyai masalah penglihatan berlari

Menerusi video yang dimuat naik oleh Cikgu Azam, kelihatan dia sedang membuat test run berkenaan alat yang diciptanya di kawasan sekolah. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia bersifat inovatif dan kreatif untuk mencipta satu alat bantu murid yang mempunyai masalah penglihatan supaya mereka boleh berlari tanpa memegang bahu atau memegang tali. 

Dengan adanya alat bantu itu, anak muridnya yang mempunyai masalah penglihatan dapat berlari dengan mudah dengan bantuan tolakan guru dari belakang. 

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

"Terima kasih cikgu, terlalu ikhlas terpancar di wajah cikgu" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut rasa kagum dan terharu dengan guru itu. Malah, ramai yang berterima kasih dan memuji pengorbanan guru tersebut. 

Ketika artikel ini diltulis, video itu berjaya mendapat 646K tontonan, 48K tanda suka da 1K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @cguazam (TikTok)

Image via @cguazam (TikTok)

Image via @cguazam (TikTok)

Image via @cguazam (TikTok)

Image via @cguazam (TikTok)

Bangga ada cikgu macam Cikgu Azam, terima kasih cikgu! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment