"Kan Boleh Tengok Lagi" - Anak Terpecahkan TV Di Rumah, Reaksi Ayah Bikin Netizen Dekah
Kuat perlinya tu!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak kecil sudah pasti akan menceriakan dan memeriahkan lagi suasana di rumah
Ibu bapa akan menjadi saksi gelak tawa atau tangisan mereka. Gelagat mereka memang tidak dinafikan banyak kerenahnya. Kadangkala mencuit hati para ibu bapa. Kadang juga akan membuatkan ibu bapa geram disebabkan kenakalan mereka.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang kanak-kanak lelaki terpecahkan TV ayahnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tidak berhenti menangis selepas terpecahkan kaca TV
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dan ayahnya sedang menonton TV di ruang tamu rumah mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kanak-kanak tersebut tidak sengaja terpecahkan kaca TV ayahnya sehingga TV tersebut tidak boleh berfungsi dengan baik kerana setengah lagi paparan telah rosak.
Lebih melucukan lagi apabila ayahnya dilihat memerli dan memujuk anaknya yang sedang kuat menangis. Tambahan pula, ayahnya siap memesan kepada anaknya agar menggantikan semula TV baru bila sudah besar nanti.
"Sikit je tu, sapu minyak gamat okay la tu" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan mereka. Malah, ramai yang juga menyakat dan memerli.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.8M tontonan, 211K tanda suka dan 8K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: