"Nasib Tak Tersekat" - Budak Lelaki Keluar Rumah Ikut Gril Pintu Sebab Nak Ambil Kucing
Belajar dari mana ni dik?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak-anak kecil sudah pasti akan menceriakan suasana di rumah
Gelagat mereka yang pelbagai kerenah kadangkala mengundang gelak tawa para ibu bapa. Namun, kadang juga mengundang kemarahan apabila mereka nakal.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak lelaki keluar rumah melalui gril pintu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sanggup keluar rumah melalui gril pintu sebab nak ambil kucing
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang merakam gelagat anaknya di pintu rumah mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibunya merasa pelik kerana anaknya boleh keluar rumah tanpa membuka pintu mangga. Lebih melucukan lagi adalah apabila anaknya itu keluar untuk mengambil kucingnya. Ibunya tak sangka badan anaknya itu muat untuk keluar melalui gril.
"Punya la besar petak tu, petak yang kecil juga dia cari" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat kanak-kanak lelaki itu. Malah, ramai yang berkongsi pengalaman yang sama.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 2M tontonan, 111K tanda suka dan 4K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: