Dipulau Suami Sendiri, Wanita Ini Ditinggalkan Setelah Melahirkan Anak 'Luar Biasa'
Mereka tinggal di Rwanda, Afrika Timur.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pengorbanan seorang ibu sungguh besar sehingga tiada bandingannya
Hal ini kerana merekalah yang kandungkan zuriat suami selama 9 bulan sehingga anak itu melahirkan. Namun begitu, bukan semua orang mempunyai nasib yang baik untuk menlahirkan anak yang sempurna.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di Afrika apabila seorang wanita dipulau dan ditinggalkan suami kerana melahirkan anak luar biasa telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dipulau dan ditinggal suami setelah melahirkan anak berbentuk muka 'alien'
Menerusi video dokumentasi berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang ditemu ramah oleh sekumpulan jurnalis daripada Afrimax English.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila wanita itu mengaku dia dipulau oleh orang sekeliling dan ditinggalkan suami setelah melahirkan anaknya yang luar biasa itu.
Anaknya dilahirkan berbentuk muka alien yang tidak seperti bentuk muka manusia biasa. Menurut sumber, wanita itu menjelaskan anak-anaknya sebelum ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan selain anak bongsunya itu.
Selain itu, wanita yang dikenali sebagai Bajeneza Liberata dari Rwanda mempunyai hasrat untuk membawa anaknya ke luar negara untuk mendapatkan rawatan. Perkara itu didorong juga oleh platform 'GoFundme'.