seismik

"Tak Sengaja" - Gelagat Budak Kecil Ini Minta Maaf Sebab Terkencing Buat Ramai Terhibur

Comel betul minta maaf sambil buat salam macam tu!

Cover image via @ezzaezurazainalabidineez (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Memiliki anak kecil sudah pasti menjadikan suasana di rumah lebih ceria dan meriah

Ibu bapa pasti pening kepala melihat ragam anak yang pelbagai kerenah. Kadangkala gelagat mereka comel dan mencuit hati. Kadang juga mereka ini ada perangai nakalnya. Tetapi, itu telah menjadi lumrah para ibu bapa yang mempunyai anak-anak. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila gaya seorang kanak-kanak perempuan meminta maaf akibat terkencing telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Minta maaf dengan gaya yang comel siap nak salam

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang kanak-kanak kecil yang dikenali sebagai Ika sedang berdiri menghadap ibunya di ruang tamu. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat meminta maaf dengan ikhlas kepada ibunya sebab terkencing semasa tidur di atas tikar. Gelagat dia meminta maaf itu sangat comel dan menggeramkan. 

"Ika minta maaf, Ika tak sengaja kencing masa tidur. Minta maaf eh. Minta maaf salam", katanya. 

"Yeke tak sengaja dik, esok kencing lagi. Btw, bagus kecik-kecik dah pandai minta maaf" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang kagum dan memuji sifat kanak-kanak perempuan itu yang mulia. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 300K tontonan, 21K tanda suka dan 1K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Comelnya dik, pandai dia minta maaf. Esok jangan kencing lagi tau! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: