seismik

[VIDEO] Gara-Gara Helmet Topeng Muka, Budak Kecil Ini Menangis Ketakutan Di Jalan Raya

Helmet dia sumpah boleh buat orang sakit jantung!

Cover image via @uungfajriyah (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Keselamatan jalan raya perlu dipatuhi dengan mengenakan topi keledar atau helmet bagi yang menunggang motosikal

Sama juga seperti pemandu kereta, mereka juga perlu memakai tali pinggang keledar untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan menjaga keselamatan jalan raya. Oleh itu, kita dinasihati supaya wajib mematuhi peraturan jalan raya. 

Baru-baru ini, tular video di Twitter yang memaparkan seorang budak kecil menangis ketakutan semasa menunggang motosikal dengan ayahnya apabila ternampak helmet yang menakutkan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Menangis tanpa henti bila ternampak helmet bertopengkan muka yang seram

Menerusi video berkenaan, kelihatan suasana penunggang motosikal dirakam ketika berada di lampu merah jalan raya. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila seorang budak kecil yang menunggang motosikal dengan ayahnya itu dilihat menangis tanpa henti akibat ternampak helmet bertopengkan muka berada di depannya. 

Lebih menarik perhatian lagi adalah apabila topeng penunggang motosikal yang berada di depan mereka itu mempunyai corak topeng muka yang mempunyai rambut dan cermin mata. 

"Abang kemeja putih tu mesti tahan ketawa" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi tersebut. Malah, ramai juga yang bersimpati dengan budak kecil itu kerana ketakutan.

Ada juga penunggang motosikal lain yang pernah terjumpa pak cik yang memakai helmet bertopengkan muka itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut mendapat 981K views, 48K retweets, 4K quote tweets dan 41K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: 

Tak tahu nak gelak ke nak kesian, aduhai! :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: