seismik

"Tak Lepas Pegang Seluar" - Budak Kecil Kejar Uncle Roti Depan Rumah Buat Ramai Terhibur

Ini mesti kes main capai je seluar yang ada.

Cover image via @hafizahamzah54 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda ingat lagi, kita pasti akan rasa excited masa kecil apabila motor aiskrim ataupun roti lalu depan rumah bukan?

Begitu juga dengan kanak-kanak zaman sekarang, mereka juga rasa gembira apabila dapat keluar rumah untuk membeli jajan-jajan yang mereka gemari. Dengar bunyi motor je, memang dah gelabah nak cari baju, seluar dan duit. 

Sama seperti adik kecil ini apabila videonya tular di TikTok, kelihatan budak kecil ini berlari sambil pegang seluar telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@hafizahamzah54

Baru nak jogging, terkejut ke uncle roti singgah beli sat seluaq pun main capai je sapa punya taktau

original sound - Hafiza Hamzah - Hafiza Hamzah

Berlari ke arah uncle roti sambil pegang seluar

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang berlari ke arah motor yang menjual roti di depan rumahnya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia tidak lepas tangan memegang seluarnya itu kerana seluar yang dipakainya itu longgar dan bersaiz besar.

Dengan tidak menghiraukan suasana sekitarnya, dia berlari ke arah uncle roti kemudian berpatah balik ke ibunya sambil memegang seluarnya. 

"Pakai seluar ayah ya lari sana sini" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat si kecil itu. Malah, ramai yang mengatakan dia comel. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 329K tontonan, 32K tanda suka dan 300 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seluar siapa lah kau rembat dik, takut tak sempat beli roti lah tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: