[VIDEO] "Yang Last Tu Win" - Satu Family Buat Pickup Line, Tak Sangka Ayah Pun Join Sekali
Aduhai pecah perut!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aplikasi TikTok merupakan medium untuk semua pengguna menyerlahkan bakat terpendam dan menunjukkan kreativiti mereka
Ramai juga yang merakam momen-momen bersama keluarga di aplikasi berkenaan. Bukan saja menari dan menyanyi, malah berlakon atau membuat pickup line di TikTok juga telah menjadi trend.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila anak-beranak sekeluarga merakam pickup line telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak-beranak buat pickup line, yang last tu win sebab ayah join sekali
Menerusi video berkenaan, kelihatan mereka sekeluarga sedang merakam diri mereka berbalas-balas pickup line.
Apa yang lebih menarik adalah apabila ayahnya tiba-tiba muncul pada akhir video lalu membuat pickup line yang tidak dapat dijangkakan.
"Haih penatnya lahai, penat memikirkanmu", katanya.
"Ayah wink eyes, i pulak senyum blushing" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang bersetuju bahawa pak cik tersebut sangat sporting.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 20K tontonan, 3K tanda suka dan 200 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: